Posted by: Admin | 27 Jun 2009

Hari Komunikasi

Hari Komunikasi SK Parit Gantong 2009 telah dilansungkan pagi ini dalam suasana yang penuh meriah. Acara yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris ini bermula dengan Pertandingan Pantun Tahun 5 dan Tahun 6, Nyanyian Tahap 1, Poem, Syarahan Tahap 2 dan  diakhiri dengan Public Speaking Tahap 2. Perasmian penutup majlis disempurnakan oleh Pengerusi PIBG SK Parit Gantong Tn Hj Mistar bin Abdul Rahman. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Posted by: Admin | 20 Jun 2009

LDP Siri 3/2009

Kursus kali ke 3 tahun 2009 dijalankan mulai 8.30 a.m di Makmal Komputer SK Sebatu. Kursus yang melibatkan guru-guru  SK Parit Gantong dan SK Sebatu ini terbahagi kepada dua slot. Slot pertama bertajuk Aplikasi QNet V2009 dan slot kedua Pengurusan Bilik Darjah Berkesan. Semoga guru-guru mendapat ilmu yang bermanfaat.

Posted by: Admin | 14 Mei 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Peperiksaan penggal pertama akan bermula pada 19 Mei 2009 hingga 22 Mei 2009. Selamat menduduki peperiksaan diucapkan kepada semua murid SKPG. Study Hard & Smart!

Posted by: Admin | 31 Mac 2009

BOLA SEPAK MSSNM

bolasepak-mssnm1Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Kawasan Merlimau 2009 peringkat kumpulan telah berlangsung pada 30 Mac 2009 . Pasukan bola sepak SK Parit Gantong telah diundi dalam kumpulan B bersama-sama pasukan SK Merlimau, SK Merlimau 1 dan SK Merlimau 2. Bangkit dari kekalahan 0-4 kepada SK Merlimau 1 pasukan SK Parit Gantong berjaya mengatasi SK Merlimau 2 dengan kemenangan tipis 1-0 sebelum seri 0-0 dengan SK Merlimau. SK Parit Gantong memperolehi 4 mata seterusnya berkedudukan naib johan kumpulan dan layak ke suku akhir mengiringi johan kumpulan SK Merlimau 1. Tahniah kepada pemain, pengurus, jurulatih, guru-guru yang membantu serta ibu bapa yang memberi sokongan. Tidak lupa ucapan tahniah dan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang bertanding dalam suasana harmoni dan semangat kesukanan yang tinggi.

Posted by: Admin | 14 Mac 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan

LDP 1

LDP 1

LDP siri 1/2009 berlangsung pada 14 Mac 2009 bertempat di Makmal komputer SK Sebatu. 17 orang guru SKPG telah bergabung dengan guru-guru SK Sebatu selaku penganjur siri LDP 1 secara bergilir-gilir. Penganjuran secara bersama-sama ini selain dapat mengeratkan hubungan siratulrahim antara kedua-dua buah sekolah di samping  menjalin perkongsian ilmu serta menjimatkan masa. Kursus tersebut bermula jam 8.30 pagi. Pengisian pertama kursus buat julung kali 2009 ini adalah Ceramah Pengurusan ‘QNet’ yang telah disampaikan oleh En. Ab. Majid b. Bakar merangkap  Guru Besar SK Sebatu. Manakala, Ceramah Ke-2 iaitu Aplikasi EDU-WebTV telah disampaikan oleh En. Zulkifli b. Mansor, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG 16 Sebatu. Kursus LADAP 1 ini telah menambah input khasnya kepada para guru SKPG ke arah kualiti kecemerlangan menghadapi cabaran p & p pada masa kini.

Posted by: Admin | 12 Mac 2009

Makmal Komputer Mula Beroperasi

Mulai minggu ini Makmal Komputer SKPG mula beroperasi sepenuhnya. Sebelum ini makmal hanya beroperasi tanpa sambungan internet. Setelah sekian lama menunggu pemindahan router schoolnet oleh pihak GITN yang masih belum kesampaian hingga kini, akhirnya sambungan internet sementara berjaya dipasang atas jasa baik wakil dari Naluri Pintar. Terima kasih kepada juruteknik dari Digicity yang membuat penyambungan sementara. Syabas atas tugas yang telah dilaksanakan dengan cemerlang.

Posted by: Admin | 26 Februari 2009

Mesyuarat Agung PIBG

Setelah beberapa tarikh yang dicadangkan terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tarikh muktamad mesyuarat agung PIBG tahun 2009 telah ditetapkan pada hari Ahad, 8 Mac 2009. Mesyuarat akan dirasmikan oleh YB En. Hasan bin Rahman, ADUN kawasan Sungai Rambai. Semua ibu bapa dijemput hadir.

Posted by: Admin | 25 Februari 2009

Guru Ganti

SK Parit Gantong menerima 2 orang guru ganti. Cikgu Ashraf menggantikan Cikgu Khairuneesya yang cuti bersalin selama 60 hari dan Ustazah Nurul Nazmira menggantikan Ustazah Nor Ezlin yang berkursus selama 14 minggu. Kami mengucapkan selamat bertugas kepada kedua-dua guru ganti tersebut semoga usaha mendidik anak bangsa mendapat keberkatan. Juga ucapan tahniah untuk Cikgu Khairuneesya yang selamat melahirkan anak lelaki. Bertambah lagi ahli keluarga SKPG. Semoga Allah murahkan rezeki!

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori