Posted by: Admin | 28 Februari 2010

Selamat Menyambut Maulid al-Rasul

Pihak pentadbir mengucapkan selamat bercuti sempena menyambut Maulid al-Rasul. Semoga kita bersama-sama menghayati erti kedatangan 12 Rabi’ul Awwal.

Firman Allah:

Dan tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam

Surah al-Anbiyaa’  21: 107

Advertisements
Posted by: Admin | 31 Disember 2009

Mesyuarat Guru Menjelang Sesi 2010

Mesyuarat tersebut telah diadakan hari ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.15 ptg sebagai persediaan untuk sesi 2010. Mesyuarat dimulakan dengan menonton video perutusan Pengarah Pelajaran Melaka. Pelbagai perkara dibincangkan antaranya termasuk agihan tugas kurikulum, HEM dan kokurikulum serta taklimat dan amanat oleh Guru Besar dan GPK1. Tempoh mesyuarat yang agak lama untuk membincangkan perkara-perkara yang terperinci diharap memberi guru-guru cukup persediaan untuk menghadapi sesi persekolahan baru yang mencabar  Mudah-mudahan tugas guru-guru untuk tahun 2010 dipermudahkan dan mendapat keberkatanNya. InsyaAllah.

Posted by: Admin | 29 Disember 2009

Pencapaian UPSR 2009

Peratus keseluruhan sekolah: 86.4 %

BM Pemahaman : 100 %

BM Penulisan : 100%

B Inggeris : 86.4 %

Matematik : 95.5 %

Sains : 95.5 %

Bilangan calon : 22

Bilangan 5A : 2 orang

Tahniah diucapkan kepada Khalizah binti Kamis dan Siti Noor Fazira binti Arbak yang mendapat A dalam semua subjek. Juga penghargaan yang tak terhingga kepada En. Bajuri Semadi (BM), En. Ahmad Kamarudin Othman(BI), En. Fadhil Fahmy M. Salleh(MT) dan En. Ashari Osman(SNS) yang membimbing murid-murid Tahun 6 mencapai kejayaan cemerlang ini. Syabas!

Posted by: Admin | 7 Oktober 2009

Gambar-gambar Sambutan Hari Raya

Posted by: Admin | 2 September 2009

Tadarus Al-Quran

Sempena bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan Panitia Pendidikan Islam mengambil inisiatif mengadakan Program Tadarus Al-Quran. Program dijalankan pada waktu rehat bermula pada 1 September 2009 dan dijangka berakhir 15 September 2009 melibatkan 9 kumpulan. Semoga usaha yang baik ini  mendapat ganjaran dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Posted by: Admin | 21 Ogos 2009

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6

Majlis telah diadakan pada hari Khamis 20 Ogos 2009 bermula jam 9.00 pagi. Objektif utamanya agar ibu bapa  prihatin dan mengambil berat prestasi dan perkembangan anak masing-masing terutamanya menjelang UPSR. Perjumpaan dimulakan dengan guru kelas, Pn. Nor Ezlin menyerahkan keputusan Ujian Percubaan UPSR untuk diteliti dan ditandatangani. Ini diikuti dengan perjumpaan dengan semua guru yang mengajar subjek peperiksaan untuk berbincang perkembangan anak masing-masing. Alhamdulillah semua perancangan berjalan dengan lancar. Diharap usaha pihak sekolah ini akan meningkatkan kesedaran di kalangan ibu bapa seterusnya memacu kemerlangan akademik SK Parit Gantong khususnya dalam peperiksaan UPSR tahun ini.

Posted by: Admin | 11 Julai 2009

Lawatan ke Zoo Melaka

Lawatan sambil belajar ini diketuai oleh Ustaz Muhamad Shukri bin Alias(GPK KOKU) dan dibantu oleh Cikgu Bajuri bin Hj. Semadi berserta 40 orang murid Tahap 2 SKPG. Objektif utama siri lawatan pada kali ini adalah melihat lebih dekat haiwan terkini di Zoo Melaka iaitu badak-cipan. Bas rombongan bertolak jam 7.45 pagi. Para peserta turut berpeluang bersiar-siar ke beberapa destinasi menarik di sekitar bandar Melaka. Semoga siri lawatan pada hari ini (11.7.2009 -Sabtu) memberi banyak pengetahuan kepada guru-murid SKPG ini dan dapat mewujudkan perkongsian idea terkini serta diaplikasikan di dalam p & p dengan lebih manfaat dan berkesan.

Posted by: Admin | 11 Julai 2009

LDP Siri 4/2009

P7119218

Kursus LDP Siri 4/2009 berlangsung di makmal komputer SKPG. Tajuk kursus – P & P Berkesan(Penyuntingan Video/eduwebtv sebagai Induksi Set). Penceramah – Encik Sulaiman b. Abdul Rahim dari BTPN Melaka. SKPG selaku penganjur pada LDP kali ini menerima kunjungan para guru SK Sebatu yang turut serta. Objektif kursus ini diharap dapat memberi pengetahuan terkini tentang penggunaan ICT dalam induksi set untuk memulakan sesuatu p & p yang lebih berkesan dan menarik minat murid.P7119217

Older Posts »

Kategori