Mesyuarat tersebut telah diadakan hari ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.15 ptg sebagai persediaan untuk sesi 2010. Mesyuarat dimulakan dengan menonton video perutusan Pengarah Pelajaran Melaka. Pelbagai perkara dibincangkan antaranya termasuk agihan tugas kurikulum, HEM dan kokurikulum serta taklimat dan amanat oleh Guru Besar dan GPK1. Tempoh mesyuarat yang agak lama untuk membincangkan perkara-perkara yang terperinci diharap memberi guru-guru cukup persediaan untuk menghadapi sesi persekolahan baru yang mencabar Mudah-mudahan tugas guru-guru untuk tahun 2010 dipermudahkan dan mendapat keberkatanNya. InsyaAllah.